KISAH YTL

Mengenai Kami

YTL Construction ialah sebuah kumpulan kejuruteraan dan pembinaan dengan rekod kerja yang terbukti di peringkat antarabangsa. Hasil usaha ini diiktiraf dengan pelbagai anugerah, mencerminkan kualiti serta ketekunan yang menjadi asas setiap projek kami.

Kepakaran kami merentasi seluruh rantaian nilai, daripada reka bentuk, pembinaan hinggalah pengurusan aset — bagi menyediakan penyelesaian menyeluruh untuk pelbagai infrastruktur.

YTL Construction. Membina lebih baik. Lebih bijak. Lebih tepat.

Kisah Kami

Segalanya bermula pada tahun 1955, ketika kami membina jalan raya, berek tentera dan sekolah untuk Tanah Melayu yang sedang meniti ambang kemerdekaan. Sejak itu, dekad demi dekad, kami tetap berdiri bersama negara — menyokong setiap bab pertumbuhan, meletakkan asas bagi sebuah Malaysia moden.

Selama 70 tahun, kami berada di barisan hadapan membentuk infrastruktur yang dirasai jutaan orang setiap hari. Dari rel kereta api ke rangkaian lapangan terbang, daripada stesen jana kuasa ke projek air, hospital hingga ke perumahan — legasi kami menjadi nadi kehidupan dan pemacu kemajuan.

Hari ini, janji itu diteruskan. Kami komited untuk memberi kesan positif kepada generasi akan datang. Inilah tujuh dekad dedikasi kami — membina hari esok yang lebih baik, bersama-sama.

Visi

Bagi YTL Construction, nilai sebenar kerja kami bukan sekadar meninggalkan jejak yang berkekalan. Kami percaya nilai itu terletak pada Building The Right Thing — membina infrastruktur yang membawa perubahan dan memberi ilham kepada masyarakat serta negara.

Nilai Teras

  • Kejujuran
  • Ketekunan
  • Tanggungjawab Moral
  • Kebersamaan
  • Semarak Hidup

Laman Rel Mahkota

Mengekalkan Warisan Kereta Api
Di sinilah tersimpan kisah landasan yang pernah menyatukan masyarakat, merapatkan tempat, dan meninggalkan jejak yang tak pernah putus ditelan waktu.

Hubungi Kami

Laman Rel Mahkota,
Jalan Station, 86000,
Kluang, Johor Darul Takzim,
Malaysia.

9:00 AM - 6:00 PM, Isnin ke Ahad
Sumbangan Ikhlas
daripada YTL

Hak Cipta Terpelihara © 2025 YTL Corporation Berhad [198201012898 (92647-H)].