Siapa yang mengawal perjalanan kereta api?

Wira di Sebalik Rel

Di sebalik deruan tren dan hiruk-pikuk stesen, ada insan-insan yang memastikan segalanya berjalan lancar. Dari jualan tiket hingga gerabak terakhir tiba, merekalah yang memastikan pengalaman penumpang sentiasa lancar.

Tuan Stesen
Penjaga utama keselamatan dan operasi stesen. Dari ketibaan hingga keberangkatan tren, hinggalah penyelenggaraan kemudahan, semuanya di bawah pantauannya. Kemahiran komunikasi yang baik amat penting kerana tuan stesen perlu menyampaikan maklumat penting bagi memastikan pergerakan tren berjalan dengan lancar dan selamat.

Pemandu Lokomotif
Ditugaskan untuk mengendalikan tren di sepanjang laluan yang ditetapkan, tanggungjawab mereka merangkumi lebih daripada sekadar memandu. Sebelum setiap perjalanan, mereka menjalankan pemeriksaan keselamatan, memastikan setiap butiran bersedia. Di sepanjang laluan, mereka mengekalkan komunikasi berterusan dengan pusat kawalan, pengendali isyarat, dan kakitangan tren untuk menjadikan perjalanan lebih teratur.

Penjaga Isyarat
Merekalah yang memainkan peranan penting dalam memastikan pergerakan tren yang selamat dan lancar dengan mengawal isyarat landasan serta suis dari bilik isyarat. Peranan ini amat penting dalam memastikan jarak tren terjaga dan arah perjalanan sentiasa tepat.

Konduktor Tren
Sebagai kakitangan tren yang mudah jumpa dan diakses, wajah mesra konduktor tren yang sering ditemui penumpang. Mereka yang mengesahkan tiket, mengutip tambang, mengeluarkan penalti bagi ketidakpatuhan, mengurus pintu tren, malah menjadi penghubung pertama bagi apa jua pertanyaan penumpang.

Penyelenggara Landasan
Kakitangan ini bertanggungjawab terhadap pemeriksaan, penyelenggaraan, dan pembaikan landasan kereta api serta infrastruktur yang berkaitan. Tugas mereka merangkumi mengenal pasti kecacatan, menyelenggara suis dan persilangan, serta memastikan keseluruhan integriti rangkaian rel.

Laman Rel Mahkota

Mengekalkan Warisan Kereta Api
Di sinilah tersimpan kisah landasan yang pernah menyatukan masyarakat, merapatkan tempat, dan meninggalkan jejak yang tak pernah putus ditelan waktu.

Hubungi Kami

Laman Rel Mahkota,
Jalan Station, 86000,
Kluang, Johor Darul Takzim,
Malaysia.

9:00 AM - 6:00 PM, Isnin ke Ahad
Sumbangan Ikhlas
daripada YTL

Hak Cipta Terpelihara © 2025 YTL Corporation Berhad [198201012898 (92647-H)].